Perkongsian Ilmu bersama Dr. Abdul Rahman Ibrahim


KUANTAN, 9 Januari- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan UIAM kampus Kuantan telah menganjurkan satu perkongsian ilmu bersama Dr. Abdul Rahman Ibrahim. Seramai 30 lebih orang ahli mampu mencuri masa di musim peperiksaan untuk menghadirkan diri di dalam majlis ilmu.

Majlis perkongsian ilmu selama dua jam itu telah membincangkan asas-asas perkara yang perlu ada pada seseorang individu muslim dan pendakwah. Menurut  Dr. Abdul Rahman, “seorang individu muslim itu haruslah menyatakan rasa kebanggaannya dengan Islam.”  Beliau menegaskan “orang yang kuat itu adalah orang yang sujud kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan penuh rendah diri.”

Dengan perkongsian daripada Dr. Abdul Rahman sekaligus telah menyuntik semangat kepada hadirin. Turut sama hadir dalam majlis perkongsian itu ialah pengurus Aman Palestin cawangan Pahang, Ustaz Sobri.

Majlis perkongsian ilmu ini merupakan aktiviti pertama PEMBINA UIAM kampus Kuantan selepas secara rasminya penubuhan PEMBINA di bawah Student Development Department UIAM kampus Kuantan. Semoga PEMBINA UIAM kampus Kuantan terus memacu aktivisme mahasiswa UIAM.

Afiq Abdul Jamil
wartawan PEMBINA UIAM kampus Kuantan


No comments:

Post a Comment