Seminar Kecelaruan Identiti Belia

KUANTAN, 18 Februari- Bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UIAM Kuantan dan PEMBINA cawangan Kuantan telah menganjurkan Seminar Kecelaruan Identiti Belia : Dimanakah Penyelesaiannya?. Seminar yang mendapat kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri Pahang serta Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendapat sambutan menggalakkan daripada belia Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Kuantan.



Program seminar yang mencecah 450 orang itu diberi input yang berguna dengan ceramah umum Kecelaruan Identiti Belia yang disampaikan oleh mantan Ketua biro Aktivisme Mahasiswa PEMBINA pusat, encik Usamah bin Izer. Kemudian diteruskan dengan forum Selamatkan Belia yang menampilkan naib presiden 2 ISMA, Ustaz Fauzi bin Asmuni, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Professor Dr. Badrulhisham dan juara rancangan realiti TV al-Hijrah Solehah, Ustazah Amie Sofea. Forum yang berlangsung selama dua jam itu mendedahkan ancaman-ancaman moden masa kini kepada belia dan memberi solusi kepada hadirin.



Program seminar ini diserikan lagi dengan persembahan pentomin oleh ahli-ahli PEMBINA UIAM Kuantan. Pentomin yang berkisarkan tentang pendakwah muda pulang bercuti dari luar Negara telah mendapat tepukan yang gemuruh oleh hadirin di dalam Dewan Utama Auditorium, Kulliyyah of Science. Hati hadirin disentuhkan lagi dengan persembahan sajak yang bertajuk “Jelas dan Celaru” oleh encik Mohd Roslaini Hashim. Program seminar diteruskan lagi dengan sesi muhasabah “Bidadari Syurga” yang menampilkan naib juara Solehah, Wan Nor Mazuani.



Di penghujung program seminar ini, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Pahang dijemput memberi ucapan penutup dan sekaligus menutup Seminar Kecelaruan Identiti Belia.

No comments:

Post a Comment